Komposter larutan berbakteria "real effective" menggunakan planktin segar serta bakteria EM yang dihasilkan melalui bio-teknologi untuk menghasilkan bakteria baik bagi remidi alam sekitar.

Sunday, January 2, 2011

ARKIB : 22/07/2010

Atasi pencemaran sungai guna EM

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan terus menggunakan kaedah mikro organisma efektif (EM) sebagai satu daripada usaha mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini.
Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman berkata, kaedah tersebut juga diyakini mampu memperbaiki kualiti sungai yang tercemar.
"Sebenarnya kaedah EM memang telah diguna pakai selama ini namun penggunaannya masih belum meluas.
"Keberkesanannya juga telah terbukti dalam meningkatkan tahap kualiti air," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pencemaran sungai di negara ini dilaporkan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, terdapat sekurang-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada tujuh lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3, 4 dan 5.
Dalam pada itu, Ahmad Husaini memberitahu, penggunaan EM sebenarnya lebih praktikal untuk kawasan seperti kolam takungan air kerana prosesnya lebih mudah.
"Penggunaan bahan ini untuk sungai agak sukar disebabkan air yang sentiasa mengalir.
"Bagaimanapun, JPS masih menggunakan EM untuk mengatasi masalah pencemaran di sesetengah sungai terutamanya di bahagian hulu sungai," jelas beliau.
Bagaimanapun kata Ahmad Husaini, segalanya bergantung kepada sejauh mana tahap pencemaran sungai-sungai berkenaan.

No comments:

Post a Comment